Imam Ahmad meriwayatkan: telah diceritakan kepada kami oleh Muhammad bin Ja”far dari Auf dari Hayyan bin ”Ala” dari Qathan bin Qubaishah dari bapanya, bahwa ia telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Iyafah, Tharq dan Thiyarah adalah termasuk Jibt”
Auf menafsiri hadis ini dengan mengatakan:
Iyafah adalah meramal nasib orang dengan menerbangkan burung.
Tharq adalah meramal nasib orang dengan membuat garis di atas tanah.
Jibt adalah sebagaimana yang telah dikatakan oleh Hasan: suara syaitan. (hadis tersebut sanadnya jayyid). Dan diriwayatkan pula oleh Abu Dawud, An Nasa”i, dan Ibnu Hibban dalam shahihnya dengan hanya menyebutkan lafadh hadis dari Qabishah, tanpa menyebutkan tafsirannya.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barang siapa yang mempelajari sebahagian dari ilmu nujum (per bintangan) sesungguhnya dia telah mempelajari sebahagian ilmu sihir. semakin bertambah (ia mempelajari ilmu nujum) semakin bertambah pula (dosanya)” (HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih).
An-Nasai meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barang siapa yang membuat suatu buhulan, kemudian meniupnya (sebagaimana yang dilakukan oleh tukang sihir) maka ia telah melakukan sihir, dan barang siapa yang melakukan sihir maka ia telah melakukan kemusyrikan, dan barang siapa yang menggantungkan diri pada sesuatu benda (jimat), maka ia dijadikan Allah bersandar kepada benda itu”.
Dari Ibnu Mas”ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Mahukah kamu aku beritahu apakah Adh-h itu?, ia adalah perbuatan mengadu domba, iaitu banyak membicarakan keburukan dan menghasut di antara manusia” (HR. Muslim).
Dan ibnu Umar r.a. menuturkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya di antara susunan kata yang indah itu terdapat kekuatan sihir.”(HR. Bukhori dan Muslim)

Categories
Tag Cloud
Blog RSS
Comments RSS
Last 50 Posts
Void « Default
Life
Earth
Wind
Water
Fire
Light 